Isnin, 23 Julai 2012

Ahli-ahli Falsafah

Socrates


(469/470 SM – 339 SM)

 Socrates (bahasa Greek: Σωκράτης Sōkrátēs) adalah seorang tokoh penting yang memulakan asas bagaimana manusia menilai dunia di sekitar mereka. Idea-idea Socrates berbentuk falsafah pendidikan dan berfikir logik.

Socrates adalah seorang ahli falsafah dari Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Beliau hidup antara tahun 469 dan 399 SM. Socrates dikenali untuk karyanya dengan etika. Salah satu fakta yang paling penting tentang Socrates adalah bahawa ia membantu mengembangkan banyak idea-idea tentang logik dan nilai moral: apa yang benar dan bagaimana untuk membantu seseorang mengatasi masalah mereka dalam kehidupan sehari-hari. Walaupun sejarawan tidak tahu banyak tentang Socrates, idea-ideanya telah menjadi asas bagi banyak persepsi kita Sejarah Yunani Purba.

Idea Socrates paling penting adalah apa yang dikenali sebagai Kaedah Socrates. Ini adalah ketika sebuah gaya kelas pembelajaran didasarkan pada pemahaman melalui dialog, bukan kuliah. Hal ini terlihat melalui teks-teks yang menjelaskan Socrates - ia sendiri tidak pernah menulis teks, murid-muridnya mengambil catatan pada dialog yang mereka miliki dan cerita-cerita yang dimintakan untuk menjelaskan idea-ideanya tentang logik.

Kadang-kadang, sukar untuk mengetahui sama ada maklumat tentang Socrates secara tepat. Plato, misalnya, adalah salah satu ilmuan yang belajar dari Socrates, dan ia menulis banyak idea yang diluahkan oleh Socrates. Sebenarnya, beberapa pemikir percaya Socrates mungkin lebih merupakan suatu watak yang direka dari tokoh yang benar. Hal ini disebabkan bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Penulis menggunakan Socrates dan Plato sebagai watak untuk berkongsi idea sendiri tentang hal-hal falsafah. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristophanes dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.








Socrates sebenarnya seorang pemikir dan ibunya seorang bidan. Pada mulanya
Socrates bekerja sebagai pembuat patung. Beliau dikenali pendek dan rupanya tidak menarik, tapi beliau akhirnya menikahi seorang wanita bernama Xanthippe dan mempunyai beberapa orang anak. Socrates tidak mungkin mempunyai pekerjaan dan mungkin yang dilakukan hanyalah memberi ceramah atau pengajaran tentang falsafah.

Socrates terkenal atas kematiannya: beliau dipaksa oleh mahkamah untuk minum hemlock, iaitu racun kuat yang membunuhnya. Dikatakan seorang penduduk Athens, Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Beliau dianggap membawa unsur yang tidak baik kepada masyarakat. Beliau menggalakkan ahli masyarakat menyoal dan bertanya tentang segalanya termasuk ketuhanan.Walaupun diberi peluang oleh kawannya Krato untuk melarikan diri dari penjara, Soctares menolaknya. Socrates percaya kematian memberi peluang untuk beliau berjumpa tokoh-tokoh ilmuan penting yang sudah mati dan mereka boleh berbincang, berhujah dan berdebat nanti.
  Salah satu fakta yang paling penting tentang Socrates, sering dianggap sebagai korban dibuat untuk individu terdidik, dan beliau dijatuhi hukuman mati untuk berkongsi pengetahuan dan berfikir dengan ahli falsafah.


Kaedah Socratic

Barangkali sumbangan Socrates yang terbesar kepada pemikiran Barat ialah kaedah dialektik (menjawab suatu persoalan soalan dengan suatu persoalan baru), bernama Kaedah Socratic yang digunakan untuk membincangkan konsep-konsep kunci moral seperti Kebaikan dan Keadilan. Kaedah ini mula-mula diterangkan oleh Plato dalam Socratic Dialogue.

Sumbangan terpenting Socrates kepada pemikiran Barat dikatakan kaedah bertanya-tanyanya (bahasa Inggeris: method of enquiry) yang dikenali sebagai kaedah elenchos, dan yang beliau mempergunakan untuk penelitian konsep-konsep moral yang utama seperti "Baik" dan "Adil" yang sering kali digunakan tanpa sebarang definisi nyata. Kaedah ini diperihalkan buat pertama kali oleh Plato dalam karyanya, Dialog-dialog Socrates. Disebabkan ini, Socrates dianggap secara tradisi sebagai bapa falsafah politik serta etika (atau falsafah moral), dan secara amnya sebagai sumber untuk kesemua tema utama dalam falsafah Barat.

  Ini telah membawa kepada permulaan Kaedah Saintifik, di mana dinyatakan bahawa langkah pertamanya ialah untuk menamakan permasalahan dalam bentuk sebuah soalan.

Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana pengetahuan yang mereka ada. Kaedah Socratic ialah kaedah negatif penghapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang lebih baik ditemui dengan cara mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi (contradictions). Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayannya dan kesahihan kepercayaan tersebut. Socrates pernah berkata “Aku tahu kau takkan percayakanku, tetapi Kecemerlangan Manusia yang tertinggi ialah untuk menyoal diri sendiri dan mereka yang lain.”







Aristotle


Sejarah hidup Aristotle

 Aristotle adalah seorang yang paling terkenal pada zaman Yunani kuno. Beliau tidak pernah menang dalam peperangan , tetapi beliau terkenal sebagai seorang guru dan salah satu ahli falsafah terkenal yang pernah hidup di dunia ini. Hanya sedikit fakta-fakta yang diketahui mengenai masa kecil Aristotle. Beliau lahir di Stagira, sebuah kota di bagian utara Yunani, pada tahun 384 s.m. Ayahnya merupakan seorang doktor semasa Amyntas II Raja Macedonia.  Kelihatannya  Aristotle belajar sedikit mengenai ilmu pengetahuan alam (sains) daripada ayahnya.

 ARISTOTLE SEBAGAI MURID

Ketika Aristotle berusia 17 tahun, beliau pergi belajar ke Athena, kota terpenting Yunani. Beliau menjadi murid kepada ahli falsafah iaitu Plato. Anak muda ini menghabiskan waktunya beberapa tahun di Akademi Plato mempelajari matematik astronomi dan tatanegara (government). Cara pengajaran Plato menekankan pada bagaimana berfikir dengan jernih. Aristotle belajar dibawah bimbingan Plato selama kira-kira 20 tahun. Beliau ialah siswa yang baik. Plato mengatakan beliau adalah bintang sekolah tersebut. Ketika Plato meninggal pada tahun 347 s.m. Aristotle meninggalkan akademi tersebut dan mulai mengembangkan metoda belajarnya sendiri.  Bagaimana kita belajar  mana yang benar dan mana yang salah? Bagaimana bentuk pemerintahan yang terbaik? Ini adalah beberapa hal yang berkumpul di kepala  Aristotle. Aristotle berusaha mencari jawapan dengan mengenalpasti keadaan dunia di sekelilingnya dan mengumpulkan bukti-bukti nyata. Beliau percaya bahawa setiap kejadian mempunyai penjelasan yang logik, dan dia ialah orang pertama yang membentuk kesimpulan dari hasil investigasi dan pengamatan.

ARISTOTLE SEBAGAI GURU 

Aristotle  menjadi lebih terkenal setelah meninggalkan sekolah Plato. Ketika Raja PhilipII mencari guru untuk anaknya, Alexander dia memilih Aristotle. Sulit diketahui seberapa besar Aristotle mempengaruhi Alexander Agung, tetapi kita tahu hubungan guru dan murid sepanjang hidupnya adalah merupakan dua orang sahabat. Setelah menjadi raja Macedonia, Aristotle kembali ke Athena. Tahun 335 s.m. dengan dana sumbangan Alexander, Aristotle membuka sebuah sekolah yang diberi nama Lyceum. Dari asal kata itu highschools di Perancis dan Italy dinamakan: lycee danliceo.Banyak mata pelajaran yang diajarkan di Lyceum, dan berbagai alat bantu untuk prosesb elajar. Aristotle menhimpun buku-buku dan membuka perpustakaan besar pertama pada masa itu. Ada juga museum ilmu alam, kebun dan ladang. Aristotle menganjurkan agar setiap orang mencari tempatnya masing-masing di duniaini dan belajar bagaimana cara hidup yang baik dan berguna bagi orang lain.Hidup bahagia dapat ditemui pada ³pertengahan emas (golden mean)´, maksudnyan ditengah-tengah dua kelompok ektrim yang bertentangan dan selalu timbul di dalam masyarakat. Dua belas tahun setelah Aristotle membuka sekolahnya, terdengar berita bahawa Alexander Agung telah wafat. Pada waktu itu rakyat Athena terpecah dua, pro dan kontra alam Alexander Agung. Aristotle dituduh oleh kelompok kontra sebagai berlawanan dengan agama. Daripada menyanggah di pengadilan beliau memilih meninggalkan Athena, dan tak lama kemudian meninggal pada tahun 322 s.m.



 Pemikiran Aristotle

Aristotle, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopediapengetahuan Yunani.



                  

Kata-kata Aristotle


“Kita adalah apa yang kita lakukan secara berulang kali. Justeru, kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi satu tabiat”
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle) 




Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)




Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan. 
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan. 
(Aristotle) 




Siapa saja bisa marah, itu mudah; tetapi untuk marah pada orang yang tepat, dan skala yang tepat, dan waktu yang tepat, dan untuk tujuan yang tepat, dan dengan cara yang tepat, hal itu tidak dimiliki oleh semua orang, dan itu tidak mudah.


(Aristotle)


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam kehidupan - (Aritotle)


















Isnin, 16 Julai 2012

Plato

 Asal usul Plato



 - Plato dilahirkan di Atena pada tahun 427 S.M. dan meninggal di sana pada tahun 347 S.M. dalam usia 80 tahun.

- berasal dari keluarga aristokrasi yang turun-temurun memegang politik penting dalam politik Atena.

 - bercita-cita sejak mudanya untuk menjadi orang negara.

 - Tetapi perkembangan politik pada masa itu tidak memberi kesempatan kepadanya untuk mengikuti jalan hidup yang   diingininya itu.

 - Namanya bermula ialah Aristokles. Nama plato diberikan oleh gurunya berhubung dengan bahunya yang lebar.

 - Sepadan dengan badannya yang tinggi dan tegap raut mukanya, potongan tubuhnya serta parasnya yang elok bersesuaian benar dengan ciptaan klasik tentang manusia yang cantik.

 - Bagus dan harmoni meliputi seluruh perawakannya.

 - Dalam tubuh yang besar dan sihat itu bersarang pula fikiran yang dalam dan menembus.

 - Pandangan matanya menunjukkan beliau seolah-olah mahu mengisi dunia yang lahir ini dengan cita-citanya. Pendidikan

- Pelajaran yang diperolehnya semasa kecil, selain daripada pelajaran umum ialah menggambar dan melukis bersambungan dengan belajar musik dan puisi.

- Sebelum dewasa beliau sudah pandai membuat karangan yang bersajak. - Sebagaimana biasanya dengan anak orang berkeluarga baik pada masa itu, Plato mendapat pendidikan daripada guru-guru filosofi. Pelajaran filosofi mula-mula diperolehnya daripada Cratylos.

 - Cratylos dahulunya merupakan murid Heraclitus yang mengajarkan “semuanya berlalu” seperti air.

- Ajaran semacam itu tidak hinggap dalam kalbu Aristocrat yang terpengaruh oleh tradisi keluarganya. Plato dan Socrates - Sejak berumur 20 tahun, plato mengikuti pelajaran Socrates. Pelajaran itulah yang memberi kepuasan kepadanya.

 - Pengaruh Socrates makin hari makin mendalam terhadapnya. Beliau menjadi murid Socrates yang setia. Sehingga akhir hidupnya Socrates tetap menjadi pujaannya.

 - Dalam segala karangannya yang berbentuk dialog, bersoal jawab, sokrates kedudukannya sebagai pujangga yang menuntun.

 - Ajaran plato tergambar melalui mulut sokrates. Setelah pandangan filosofinya sudah jauh menyimpang dan sudah lebih lanjut daripada pandangan gurunya, beliau terus membuat demikian.

 - Socrates dalam pandangannya merupakan seorang yang jujur dan adil serta tidak pernah membuat kesalahan. Hukuman yang ditimpakan itu pada pandangannya suatu perbuatan zalim. Socrates yang meminum arak beracun itu mempengaruhnya secara mendalam dari segi pandangan hidup plato.

 - Beliau sangat sedih dan menamakan dirinya sebagai seorang anak yang kehilangan bapa. Beliau sedih tetapi terpaku kerana pendirian Socrates yang menolak kesempatan yang diberikan untuk melarikan diri dari penjara, dengan memperingatkan ajarannya “lebih baik menderita kezaliman daripada membuat zalim”.

 Filosofi


 - Plato mempunyai kedudukan yang istimewa sebagai seorang ahli falsafah. Beliau pandai menyatukan puisi dan ilmu, seni dan filosofi.


 - Pandangan yang mendalam dan abstrak dapat dilukiskan oleh beliau dengan gaya bahasa yang indah.

 - Tidak ada seorang ahli falsafah sebelumnya dapat menandingkannya dalam hal ini. Penggembaraan

- Tidak lama selepas kematian Socrates, Plato meninggalkan Atena. Itulah permulaan beliau mengembara selama 12 tahun, dari tahun 399 S.M. Pada permulaannya, beliau pergi ke Megara, tempat Euclides mengajarkan filosofinya.

 - Dari Megara beliau pergi ke Kyrena, di mana beliau memperdalam pengetahuannya tentang matematik daripada seorang guru ilmu yang bernama Theodoros. Beliau juga mengajarkan filosofi dan mengarang buku-buku di Kyrena.

- Kemudian beliau pergi ke selatan Italia dan terus ke Syracuse di pulau Syria, yang diperintah oleh seorang tirani, yang bernama Dionysios pada waktu itu. Dionysios mengajak plato tinggal di istananya.

- Di situ Plato berkenalan dengan ipar raja Dionysios yang masih muda yang bernama Dion, dan akhirnya menjadi sahabat karibnya. Antara mereka berdua terdapat kata sepakat, supaya plato mempengaruhi Dionysios dengan ajaran filosofinya, supaya tercapai suatu perbaikian sosial.

 - Hal ini seolah-olah member peluang kepada beliau untuk melaksanakan teorinya tentang pemerintah yang baik dalam praktik. Sudah lama tertanam dalam kalbunya, bahawa kesengsaraan di dunia tidak akan berakhir sebelum seorang ahli falsafah menjadi raja atau sebaliknya.

 - Tetapi ajaran plato yang menitikberatkan pengertian moral dalam segala perbuatan, lambat-laun telah menjemukan Dianysios.

 - Pada tahun 367 S.M. , setelah Plato menetap dalam academia selama 20 tahun, beliau menerima undangan dan desakan daripada Dion untuk datang ke Syracuse. Dianysios yang jahat itu sudah meninggal.

- Anak Dianysios digantikan sebagai raja dengan nama Dionysios II. Dion berharap supaya Plato dapat mendidik dan mengajarkan kepada raja muda itu tentang pandangan filosofi yang berkaitan dengan kewajiban pemerintah. Oleh sebab tertarik akan cita-citanya untuk melaksanakan teori pemerintahannya dalam praktik, plato berangkat ke Syracuse.


 - Beliau disambut oleh raja dengan gembira. Tetapi bagi raja itu, filosofi tidak begitu menarik. Disebabkan intrik, fitnah, dan hasutan serta bermaharajalela di dalam istana itu, Dion dibenci oleh raja dan dibuang keluar Syria.

- Segala ikhtiar plato untuk membela Dion tidak berhasil, malah sendiri kembali ke Atena dengan bersusah payah.

 - 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 361 S.M. Plato datang ke Syracuse pada kali ketiga. Raja Dionysios II dan sahabatnya, Dion berusaha supaya Plato boleh pulang kembali ke Syracuse.

 - Harapannya untuk melaksanakan cita-citanya tentang pemerintahan yang baik dalam praktik gagal sekali lagi. Kehidupan pada usia tua

- Dengan kesabaran, beliau kembali ke Atena. Sejak itu beliau memusatkan perhatiannya pada Akademinya sebagai guru dan pengarang. Seorang ahli falsafah menulis tentang dia seperti berikut : “Plato pandai berbuat. Beliau dapat belajar seperti Solon dan mengajar seperti Socrates. Beliau pandai mendidik pemuda-pemuda yang ingin belajar dan dapat memikat hati dan perhatian sahabat
-sahabat terhadap dirinya. Murid-muridnya begitu sayang kepadanya seperti beliau sayang akan mereka. Beliau merupakan sahabat, guru dan penuntun kepada mereka”.

- Tatkala seorang muridnya merayakan pernikahannya, Plato yang sudah berumur 80 tahun datang pada malam jamuan itu. Beliau turut riang dan gembira. Pada larut malam, beliau mengundurkan diri ke suatu sudut yang sepi dalam rumah itu. Beliau tertidur di sana dan tidur untuk selama-lamanya dengan tiada bangkit lagi. Esok harinya seluruh Atena menghantarkannya ke kubur. Plato tidak pernah menikah dan tidak mempunyai anak. Pemikirannya

- Intisari daripada falsafah Plato ialah pendapatnya tentang idea, suatu ajaran yang sangat sukar memahaminya.

 - Salah satu sebab adalah bahawa fahamannya tentang idea selalu berkembang. Dengan ini bermulalah idea itu dikemukakan sebagai teori logik.

- Kemudian idea itu meluas untuk menjadi pandangan hidup, menjadi dasar umum bagi ilmu dan politik sosial dan mencakupi pandangan agama.

  Kata-kata Plato 


 “Be kind, for everyone you meet is fighting a harder battle.” ― Plato

 “Every heart sings a song, incomplete, until another heart whispers back. Those who wish to sing always find a song. At the touch of a lover, everyone becomes a poet.” ― Plato

 “Wise men speak because they have something to say; fools because they have to say something.” ― Plato

 “The price good men pay for indifference to public affairs is to be ruled by evil men.” ― Plato

 “We can easily forgive a child who is afraid of the dark; the real tragedy of life is when men are afraid of the light.” ― Plato

 “Only the dead have seen the end of war.” ― Plato