Asal usul Plato
- berasal dari keluarga aristokrasi yang turun-temurun memegang politik penting dalam politik Atena.
- bercita-cita sejak mudanya untuk menjadi orang negara.
- Tetapi perkembangan politik pada masa itu tidak memberi kesempatan kepadanya untuk mengikuti jalan hidup yang diingininya itu.
- Namanya bermula ialah Aristokles. Nama plato diberikan oleh gurunya berhubung dengan bahunya yang lebar.
- Sepadan dengan badannya yang tinggi dan tegap raut mukanya, potongan tubuhnya serta parasnya yang elok bersesuaian benar dengan ciptaan klasik tentang manusia yang cantik.
- Bagus dan harmoni meliputi seluruh perawakannya.
- Dalam tubuh yang besar dan sihat itu bersarang pula fikiran yang dalam dan menembus.
- Pandangan matanya menunjukkan beliau seolah-olah mahu mengisi dunia yang lahir ini dengan cita-citanya. Pendidikan
- Pelajaran yang diperolehnya semasa kecil, selain daripada pelajaran umum ialah menggambar dan melukis bersambungan dengan belajar musik dan puisi.
- Sebelum dewasa beliau sudah pandai membuat karangan yang bersajak. - Sebagaimana biasanya dengan anak orang berkeluarga baik pada masa itu, Plato mendapat pendidikan daripada guru-guru filosofi. Pelajaran filosofi mula-mula diperolehnya daripada Cratylos.
- Cratylos dahulunya merupakan murid Heraclitus yang mengajarkan “semuanya berlalu” seperti air.
- Ajaran semacam itu tidak hinggap dalam kalbu Aristocrat yang terpengaruh oleh tradisi keluarganya. Plato dan Socrates - Sejak berumur 20 tahun, plato mengikuti pelajaran Socrates. Pelajaran itulah yang memberi kepuasan kepadanya.
- Pengaruh Socrates makin hari makin mendalam terhadapnya. Beliau menjadi murid Socrates yang setia. Sehingga akhir hidupnya Socrates tetap menjadi pujaannya.
- Dalam segala karangannya yang berbentuk dialog, bersoal jawab, sokrates kedudukannya sebagai pujangga yang menuntun.
- Ajaran plato tergambar melalui mulut sokrates. Setelah pandangan filosofinya sudah jauh menyimpang dan sudah lebih lanjut daripada pandangan gurunya, beliau terus membuat demikian.
- Socrates dalam pandangannya merupakan seorang yang jujur dan adil serta tidak pernah membuat kesalahan. Hukuman yang ditimpakan itu pada pandangannya suatu perbuatan zalim. Socrates yang meminum arak beracun itu mempengaruhnya secara mendalam dari segi pandangan hidup plato.
- Beliau sangat sedih dan menamakan dirinya sebagai seorang anak yang kehilangan bapa. Beliau sedih tetapi terpaku kerana pendirian Socrates yang menolak kesempatan yang diberikan untuk melarikan diri dari penjara, dengan memperingatkan ajarannya “lebih baik menderita kezaliman daripada membuat zalim”.
Filosofi
- Plato mempunyai kedudukan yang istimewa sebagai seorang ahli falsafah. Beliau pandai menyatukan puisi dan ilmu, seni dan filosofi.
- Tidak ada seorang ahli falsafah sebelumnya dapat menandingkannya dalam hal ini. Penggembaraan
- Tidak lama selepas kematian Socrates, Plato meninggalkan Atena. Itulah permulaan beliau mengembara selama 12 tahun, dari tahun 399 S.M. Pada permulaannya, beliau pergi ke Megara, tempat Euclides mengajarkan filosofinya.
- Dari Megara beliau pergi ke Kyrena, di mana beliau memperdalam pengetahuannya tentang matematik daripada seorang guru ilmu yang bernama Theodoros. Beliau juga mengajarkan filosofi dan mengarang buku-buku di Kyrena.
- Kemudian beliau pergi ke selatan Italia dan terus ke Syracuse di pulau Syria, yang diperintah oleh seorang tirani, yang bernama Dionysios pada waktu itu. Dionysios mengajak plato tinggal di istananya.
- Di situ Plato berkenalan dengan ipar raja Dionysios yang masih muda yang bernama Dion, dan akhirnya menjadi sahabat karibnya. Antara mereka berdua terdapat kata sepakat, supaya plato mempengaruhi Dionysios dengan ajaran filosofinya, supaya tercapai suatu perbaikian sosial.
- Hal ini seolah-olah member peluang kepada beliau untuk melaksanakan teorinya tentang pemerintah yang baik dalam praktik. Sudah lama tertanam dalam kalbunya, bahawa kesengsaraan di dunia tidak akan berakhir sebelum seorang ahli falsafah menjadi raja atau sebaliknya.
- Tetapi ajaran plato yang menitikberatkan pengertian moral dalam segala perbuatan, lambat-laun telah menjemukan Dianysios.
- Pada tahun 367 S.M. , setelah Plato menetap dalam academia selama 20 tahun, beliau menerima undangan dan desakan daripada Dion untuk datang ke Syracuse. Dianysios yang jahat itu sudah meninggal.
- Anak Dianysios digantikan sebagai raja dengan nama Dionysios II. Dion berharap supaya Plato dapat mendidik dan mengajarkan kepada raja muda itu tentang pandangan filosofi yang berkaitan dengan kewajiban pemerintah. Oleh sebab tertarik akan cita-citanya untuk melaksanakan teori pemerintahannya dalam praktik, plato berangkat ke Syracuse.
- Beliau disambut oleh raja dengan gembira. Tetapi bagi raja itu, filosofi tidak begitu menarik. Disebabkan intrik, fitnah, dan hasutan serta bermaharajalela di dalam istana itu, Dion dibenci oleh raja dan dibuang keluar Syria.
- Segala ikhtiar plato untuk membela Dion tidak berhasil, malah sendiri kembali ke Atena dengan bersusah payah.
- 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 361 S.M. Plato datang ke Syracuse pada kali ketiga. Raja Dionysios II dan sahabatnya, Dion berusaha supaya Plato boleh pulang kembali ke Syracuse.
- Harapannya untuk melaksanakan cita-citanya tentang pemerintahan yang baik dalam praktik gagal sekali lagi. Kehidupan pada usia tua
- Dengan kesabaran, beliau kembali ke Atena. Sejak itu beliau memusatkan perhatiannya pada Akademinya sebagai guru dan pengarang. Seorang ahli falsafah menulis tentang dia seperti berikut : “Plato pandai berbuat. Beliau dapat belajar seperti Solon dan mengajar seperti Socrates. Beliau pandai mendidik pemuda-pemuda yang ingin belajar dan dapat memikat hati dan perhatian sahabat
-sahabat terhadap dirinya. Murid-muridnya begitu sayang kepadanya seperti beliau sayang akan mereka. Beliau merupakan sahabat, guru dan penuntun kepada mereka”.
- Tatkala seorang muridnya merayakan pernikahannya, Plato yang sudah berumur 80 tahun datang pada malam jamuan itu. Beliau turut riang dan gembira. Pada larut malam, beliau mengundurkan diri ke suatu sudut yang sepi dalam rumah itu. Beliau tertidur di sana dan tidur untuk selama-lamanya dengan tiada bangkit lagi. Esok harinya seluruh Atena menghantarkannya ke kubur. Plato tidak pernah menikah dan tidak mempunyai anak. Pemikirannya
- Intisari daripada falsafah Plato ialah pendapatnya tentang idea, suatu ajaran yang sangat sukar memahaminya.
- Salah satu sebab adalah bahawa fahamannya tentang idea selalu berkembang. Dengan ini bermulalah idea itu dikemukakan sebagai teori logik.
- Kemudian idea itu meluas untuk menjadi pandangan hidup, menjadi dasar umum bagi ilmu dan politik sosial dan mencakupi pandangan agama.
Kata-kata Plato
“Be kind, for everyone you meet is fighting a harder battle.” ― Plato
“Every heart sings a song, incomplete, until another heart whispers back. Those who wish to sing always find a song. At the touch of a lover, everyone becomes a poet.” ― Plato
“Wise men speak because they have something to say; fools because they have to say something.” ― Plato
“The price good men pay for indifference to public affairs is to be ruled by evil men.” ― Plato
“Only the dead have seen the end of war.” ― Plato
Tiada ulasan:
Catat Ulasan