Isnin, 23 Julai 2012

Aristotle


Sejarah hidup Aristotle

 Aristotle adalah seorang yang paling terkenal pada zaman Yunani kuno. Beliau tidak pernah menang dalam peperangan , tetapi beliau terkenal sebagai seorang guru dan salah satu ahli falsafah terkenal yang pernah hidup di dunia ini. Hanya sedikit fakta-fakta yang diketahui mengenai masa kecil Aristotle. Beliau lahir di Stagira, sebuah kota di bagian utara Yunani, pada tahun 384 s.m. Ayahnya merupakan seorang doktor semasa Amyntas II Raja Macedonia.  Kelihatannya  Aristotle belajar sedikit mengenai ilmu pengetahuan alam (sains) daripada ayahnya.

 ARISTOTLE SEBAGAI MURID

Ketika Aristotle berusia 17 tahun, beliau pergi belajar ke Athena, kota terpenting Yunani. Beliau menjadi murid kepada ahli falsafah iaitu Plato. Anak muda ini menghabiskan waktunya beberapa tahun di Akademi Plato mempelajari matematik astronomi dan tatanegara (government). Cara pengajaran Plato menekankan pada bagaimana berfikir dengan jernih. Aristotle belajar dibawah bimbingan Plato selama kira-kira 20 tahun. Beliau ialah siswa yang baik. Plato mengatakan beliau adalah bintang sekolah tersebut. Ketika Plato meninggal pada tahun 347 s.m. Aristotle meninggalkan akademi tersebut dan mulai mengembangkan metoda belajarnya sendiri.  Bagaimana kita belajar  mana yang benar dan mana yang salah? Bagaimana bentuk pemerintahan yang terbaik? Ini adalah beberapa hal yang berkumpul di kepala  Aristotle. Aristotle berusaha mencari jawapan dengan mengenalpasti keadaan dunia di sekelilingnya dan mengumpulkan bukti-bukti nyata. Beliau percaya bahawa setiap kejadian mempunyai penjelasan yang logik, dan dia ialah orang pertama yang membentuk kesimpulan dari hasil investigasi dan pengamatan.

ARISTOTLE SEBAGAI GURU 

Aristotle  menjadi lebih terkenal setelah meninggalkan sekolah Plato. Ketika Raja PhilipII mencari guru untuk anaknya, Alexander dia memilih Aristotle. Sulit diketahui seberapa besar Aristotle mempengaruhi Alexander Agung, tetapi kita tahu hubungan guru dan murid sepanjang hidupnya adalah merupakan dua orang sahabat. Setelah menjadi raja Macedonia, Aristotle kembali ke Athena. Tahun 335 s.m. dengan dana sumbangan Alexander, Aristotle membuka sebuah sekolah yang diberi nama Lyceum. Dari asal kata itu highschools di Perancis dan Italy dinamakan: lycee danliceo.Banyak mata pelajaran yang diajarkan di Lyceum, dan berbagai alat bantu untuk prosesb elajar. Aristotle menhimpun buku-buku dan membuka perpustakaan besar pertama pada masa itu. Ada juga museum ilmu alam, kebun dan ladang. Aristotle menganjurkan agar setiap orang mencari tempatnya masing-masing di duniaini dan belajar bagaimana cara hidup yang baik dan berguna bagi orang lain.Hidup bahagia dapat ditemui pada ³pertengahan emas (golden mean)´, maksudnyan ditengah-tengah dua kelompok ektrim yang bertentangan dan selalu timbul di dalam masyarakat. Dua belas tahun setelah Aristotle membuka sekolahnya, terdengar berita bahawa Alexander Agung telah wafat. Pada waktu itu rakyat Athena terpecah dua, pro dan kontra alam Alexander Agung. Aristotle dituduh oleh kelompok kontra sebagai berlawanan dengan agama. Daripada menyanggah di pengadilan beliau memilih meninggalkan Athena, dan tak lama kemudian meninggal pada tahun 322 s.m.



 Pemikiran Aristotle

Aristotle, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopediapengetahuan Yunani.



                  

Kata-kata Aristotle


“Kita adalah apa yang kita lakukan secara berulang kali. Justeru, kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi satu tabiat”
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle) 




Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)




Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan. 
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan. 
(Aristotle) 




Siapa saja bisa marah, itu mudah; tetapi untuk marah pada orang yang tepat, dan skala yang tepat, dan waktu yang tepat, dan untuk tujuan yang tepat, dan dengan cara yang tepat, hal itu tidak dimiliki oleh semua orang, dan itu tidak mudah.


(Aristotle)


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam kehidupan - (Aritotle)


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan